Webinar Dari Serangan Siber Ke Pemulihan :Asas Tindak Balas Insiden Dan Forensik Digital
11 Julai 2025 | Aktiviti TerkiniPada 10 Julai 2025, webinar “Dari Serangan Sibe Ke Pemulihan : Asas Tindak Balas Insiden Dan Forensik Digital“ merupakan satu inisiatif penting untuk memberi pendedahan asas kepada peserta mengenai langkah-langkah tindak balas insiden siber serta pengenalan kepada forensik digital. Ia juga bertujuan membantu peserta memahami proses mengenal pasti, menyiasat dan memulihkan sistem yang terjejas akibat serangan siber, serta pentingnya pemulihan data dan bukti digital dalam menjaga keselamatan maklumat organisasi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: