NADI Keusahawanan : Pengenalan Kepada Tawaran Nilai
29 Ogos 2025 | Aktiviti TerkiniPada 28 Ogos 2025, Program NADI Keusahawanan ini memberi penekanan kepada konsep Tawaran Nilai (Value Proposition) yang merupakan asas penting dalam membina dan mengekalkan kejayaan sesebuah perniagaan. Tawaran Nilai menjelaskan sebab pelanggan memilih produk atau perkhidmatan berbanding pesaing.Tawaran Nilai merupakan teras utama strategi perniagaan kerana ia menentukan bagaimana produk atau perkhidmatan dilihat oleh pelanggan. Program ini berjaya memberi kefahaman kepada peserta tentang pentingnya membina tawaran nilai yang tepat, unik dan berdaya saing untuk mengembangkan perniagaan mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: