Mental Kental - Rahsia Taekwondo Didik Disiplin & Hormat
17 Oktober 2025 | Aktiviti TerkiniPada 16 Oktober 2025, Program Mental Kental – Rahsia Taekwondo Didik Disiplin & Hormat telah berjaya dilaksanakan dengan tujuan memupuk nilai disiplin, hormat dan kekuatan mental dalam kalangan peserta. Melalui pendedahan asas seni bela diri Taekwondo, para peserta bukan sahaja mempelajari teknik pertahanan diri, tetapi juga memahami kepentingan kawalan emosi, semangat juang serta menghormati orang lain. Program ini diharap dapat membentuk generasi yang berdisiplin, berkeyakinan dan mempunyai jati diri yang kukuh dalam menghadapi cabaran masa kini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:
 
         
         
        


