Gut Health Kunci Badan Sihat_Tapi Ramai Tak Jaga Sampai Sakit
18 Oktober 2025 | Aktiviti TerkiniPada 17 Oktober 2025, program Gut Health: Kunci Badan Sihat – Tapi Ramai Tak Jaga Sampai Sakit telah berjaya dilaksanakan bagi memberi kesedaran kepada peserta tentang pentingnya penjagaan kesihatan usus sebagai asas kepada kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Melalui sesi perkongsian ilmu dan interaktif, peserta didedahkan kepada amalan pemakanan sihat, kepentingan probiotik serta kesan buruk gaya hidup tidak sihat terhadap sistem penghadaman. Program ini diharap dapat meningkatkan kesedaran masyarakat untuk menjaga kesihatan usus sejak awal demi mencegah penyakit dan mengekalkan kesejahteraan hidup.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:
 
         
         
        


