Rheumatoid Arthritis Bukan Sakit Tua_Kenali Simptom Sejak Awal
24 Oktober 2025 | Aktiviti TerkiniPada 23 Oktober 2025, program Rheumatoid Arthritis Bukan Sakit Tua – Kenali Simptom Sejak Awal telah berjaya dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang penyakit sendi kronik yang sering disalah anggap sebagai sakit tua. Melalui sesi penerangan dan perkongsian maklumat kesihatan, peserta didedahkan kepada punca, tanda-tanda awal serta langkah pencegahan bagi mengawal penyakit ini daripada menjadi lebih serius. Program ini diharap dapat membantu orang ramai mengenali simptom sejak awal dan mengambil tindakan segera bagi mengekalkan kualiti hidup yang sihat dan aktif.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:
 
         
         
        


