Modul 3 : Kepentingan Pengurusan Kewangan
26 Oktober 2025 | Aktiviti TerkiniPada 25 Oktober 2025, program Modul 3: Kepentingan Pengurusan Kewangan telah berjaya dilaksanakan dengan objektif memberi pendedahan kepada peserta tentang kepentingan merancang dan mengurus kewangan dengan bijak. Melalui sesi perkongsian ilmu dan aktiviti interaktif, peserta didedahkan kepada cara membuat bajet, mengawal perbelanjaan serta menabung untuk keperluan masa depan. Program ini diharap dapat meningkatkan kesedaran dan kemahiran peserta dalam mengurus kewangan secara berhemah bagi mencapai kestabilan ekonomi diri dan keluarga.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:
 
         
         
        


