Low Fat vs Full Cream: Apa Kata Sains Tentang Susu & Berat Badan ?
28 Februari 2026 | Aktiviti TerkiniWebinar ini membincangkan perbezaan antara susu rendah lemak (low fat) dan susu penuh krim (full cream) dari sudut sains pemakanan serta kesannya terhadap pengurusan berat badan. Penceramah menjelaskan bahawa pemilihan jenis susu tidak semata-mata bergantung kepada kandungan lemak, tetapi perlu dilihat secara menyeluruh termasuk jumlah kalori, kekerapan pengambilan dan gaya hidup individu.
Selain itu, webinar ini menekankan bahawa susu penuh krim tidak semestinya menyebabkan kenaikan berat badan jika diambil secara sederhana, manakala susu rendah lemak pula sesuai untuk individu yang ingin mengawal pengambilan kalori. Faktor keseimbangan pemakanan, keperluan nutrien, tahap aktiviti fizikal dan disiplin pemakanan harian turut memainkan peranan penting. Secara keseluruhannya, webinar ini membantu peserta membuat pilihan susu yang lebih berinformasi dan berasaskan bukti sains demi kesihatan yang lebih baik.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: